Isnin, 27 November 2017

Baroque

BAROQUE

Seni Baroque dibangunkan daripada usaha pihak Gereja Katholik menentang
serta memerangi Protestianisme (Reformasi Agama)

 pimpinan Martin Luther (seorang pemimpin agama di Jerman : The German Augustinian Canon) (sekitar 1521).

Kritikan –kritika keras Luther terhadap pihak Gereja terkandung dalam 95 Propositions-95 Theses, yang mendesak agar korupsi Gereja dihapuskan.

  • cuba meletakkan kembali kuasa gereja katolik disebut juga sebagai suatu Counter-Reformation yang digugat oleh kelahiran Protestantisme di Eropah Utara.
  • karya-karya seni itu dianggap bersifat didaktik dan propaganda. 
  •  bertujuan untuk menarik simpati penghayat, menerusi kesan dramatic, kemuliaan dan moral
 Terdapat tiga perkembangan dalam seni baroque. Antara nya ialah: 
  • Era Awal Baroque (The Early Baroque Period) (s. 1580-1625 M)
  •  Era Gemilang Baroque (The Higher Baroque) (s.1625-1675 M)
  •  Era Akhir Baroque (Late Baroque) (s.1675-1715 M)
teknik yang digunakan dalam seni catan baroque 
1.    Fresco digunakan untuk catan dinding dan siling.  
 2.  Cat minyak dan kanvas untuk catan easel. 
3.    Media campuran (mixed media)

Ciri-ciri seni catan baroque:
  • Dinamik
  • Komposisi diagonal
  • Ilusionisme dalam ruang dan cahaya membuat siling kelihatan lutsinar.
  • Perspektif yang kompleks.
  • Kesan emosi yang kuat menerusi gabungan warna yang padat, pergerakan yang diperlihatkan serta komposisi yang unik lagi berani. 


 Classical-Baroque’, iaitu gabungan ciri-ciri klasik Renaisan dengan kehebatan Baroque. Istana Versailles serta keindahan landskap persekitarannya menggambarkan kehalusan dan kecantikan gaya Baroque serta kekuasaan dan kekayaan Perancis. Seni bina istana Perancis kemudiannya membentuk dan menjadi satu ‘satandard’ di Eropah antara 1600 dan 1715.
Contoh karya
1. Louis Le Vau dan Jules Hardouin-Mansart, ‘Garden Façade, Versailles’,
(1669-85)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

fauvism Art

Fauvisme adalah aliran yang berkembang di Perancis pada akhir abad ke-19. Aliran ini berkembang  dengan  kekaryaan mengikut konsep ekspres...